Mengisahkan tentang dua insan yang masing-masing ada pengalaman cinta yang tersendiri dan kedua-duanya ditinggalkan kekasih. Viviana jatuh cinta dengan Kelvin yang menghulurkan cinta palsu kepadanya atas tujuan mengukuhkan perniagaan keluarga. sebaik saja perjanjian ditandatangani oleh syarikat ibu Viviana dgn syarikat keluarga Kelvin, kelvin terus memutuskan perhubungan malah selepas itu dia beberapa kali mempermainkan perasaan viviana di khalayak ramai. ntah mengapa setiap kali Viviana dipersendakan, Faris menjadi saksi dan jatuh kasihan dengan Viviana. Banyak perkara yang menjadikan perkenalan antara Faris dan viviana sbg satu kemestian.
Fariz pulak putus cinta selepas ditinggalkan Syafika yang menerima sogokan wang ringgit dari ibu Fariz yg mementingkan status. perkenalan dengan viviana menyebabkan Fariz semakin berani berhadapan dgn ibunya malah cuba mendapatkan viviana utk menyamar sbg kekasihnya.
Viviana pun ada masalah dgn ibunya yg tak dapat menerima hakikat yg dia berkahwin dgn lelaki yg dibencinya dan melahirkan viviana. Dia benci pada viviana sehinggakan kebaikan kpd viviana sentiasa ada udang di sebalik batu menjadikan viviana sukar utk mempercayai ibunya. viviana mengandungkan anak kelvin tetapi kemudian dia keguguran. mulanya Fariz marah dan meninggalkan viviana tetapi kemudian dia kmbali kerana penderitaan yg dialami viviana menginsafkan Fariz dan dia mula sedar dia sayangkan viviana.
Tp ibu viviana telah merancang sesuatu hingga viviana dan Fariz ditangkap khalwat. Ibu viviana menggunakan bukti2 utk memeras ugut viviana supaya berkahwin dgn kelvin yg mahukannya kembali, jika tidak imej Fariz akan diburukkan di depan keluarga Fariz sendiri. Viviana telah bersetuju tapi ibunya tetap mungkir janji menjadikan viviana mengikut Fariz dan akhirnya mereka berkahwin. Liku-liku hidup mereka selepas berkahwin ada dugaan tersendiri bila ibu Fariz dan kakaknya, Marina enggan menerima Viviana, atau nama Islamnya Siti Nur Ain. Tapi atas bimbingan nek wan, bapa faris dan kakak Fariz, Athirah, viviana mula mendalami agama Islam dan cuba menjadi isteri yg baik.
Tapi panggilan telefon dari Kelvin dan pemergian viviana yg dijanjikan hanya seketika berlanjutan sehingga dua tahun. aduih.. citer selepas 2 tahun tu sedih nya.. tangkap nangis wa cakap lu. *sob *sob. Rasanya ada improvement Damya hanna dalam penceritaan scene sedih.. memang termenangis la..
p/s: waTak tengku syahran & zahlia (Bicara Hati) dan Haziqah & Fakrul (Sepi Tanpa Cinta) mempunyai chemistry yang jauh lebih power berbanding dengan Viviana dgn Fariz.. But better than Syamir & Nur Dhuha (Saat Cinta Bersemi).
Senafas Rindu - Damya Hanna
nuKiLan
salyza
Saturday, January 2, 2010
Labels: damya hanna
0 komen:
Post a Comment