sakitNya saYang - NorHayati BeraHim

"Derita jiwa itu tidak dapat lagi dibendung..."

Novel nukilan Norhayati Berahim ini mengisahkan hubungan adik-beradik, Reza, Hilman dan adik mereka, Marlina. Reza merupakan anak tiri kepada Syarifah Maslina yang bersuamikan Syed Jabar.

Watak Firdaus pula merupakan musuh Reza semasa mereka sama-sama bersekolah. Firdaus terkenal sbg sorg murid yg nakal manakala Reza pula merupakan murid harapan sekolah.

Namun, kedua-duanya mempunyai masalah keluarga masing-masing. Reza menjadi harapan ayahnya sehingga hidupnya diatur si ayah walaupun untuk memilih bakal isteri. Keadaan Reza yg tidak berupaya membantah menyebabkan dia byk bergantung kpd adiknya Marlina yg sentiasa berada di sisinya memberi sokongan. Namun, keakraban si abang tidak disedari oleh si adik sehingga akhirnya menyulitkan kehidupan Marlina.

Marlina yg juga bermasalah dgn Syarifah Maslina dan Syed Jabar, menjadi rapat dgn Pn Norma yg amat menyenangi Marlina. Sedang anak-anaknya sendiri tidak mengendahkan kehadiran Pn Norma dalam keluarga tersebut, Marlina sentiasa sudi membantu dan menemaninya. Sedang bagi Marlina sendiri, sering memikirkan betapa dia mengambil berat ttg Pn Norma ttp tidak ibu bapanya sendiri.

Kesulitan yang ditimbulkan Reza menyebabkan Marlina diminta berkahwin secepat mungkin. Akhirnya jodohnya dipertemukan dgn Daus, yg menyamar bekerja sbg pemandu. Tanpa disedari Marlina, Daus merupakan anak Pn Norma, Firdaus. Mereka akhirnya dijodohkan, manakala Reza terpaksa dihantar menghadiri kaunseling demi mengembalikan dia ke jalan yang benar.

0 komen:

Post a Comment