"Aku tak pernah bercinta...
Tetapi kenapa aku merinduinya..."
Actually novel ni berkisar kisah persahabatan dan percintaan. watak utama, azhar, miza, azura.. azhar dan miza, sahabat karin sejak di universiti sehinggalah mereka sudah mula bekerja dalam bidang guaman. azura adalah cinta azhar sejak sekolah lagi tetapi tidak pernah diluahkan. azhar dan azura akhirnya terpisah dan bertemu semula di universiti. azura, gadis bereben biru di kepala - gelaran yang diberi oleh azhar sejak mereka dibangku sekolah telah mempunyai teman lelaki, zarif.
kisah mereka tiada penyudah sehinggalah mereka dipertemukan semula setelah memasuki alam pekerjaan. namun kemudian azhar menjadi rapat dengan sahabat peguamnya faziha. keakraban azhar dengan faziha menyebabkan azhar lalai seketika terhadap sahabatnya miza yang sentiasa mendengar dan melayan setiap permasalahannya terutamanya masalah hati dan perasaannya.
namun, mereka masing-masing tidak sedar bahawasanya persahabatan yang wujud di antara mereka tersebut adalah kebahagiaan yang dicari-cari selama bertahun mereka bersahabat.
"Dalam dunia ni yang paling susah nak dicari ialah bahagia. Tak semua orang jumpa. Mereka yang dah jumpa belum tentu boleh dapat bahagia..."
Untuk Kau dan Aku - Najwa Aiman
nuKiLan
salyza
Sunday, August 30, 2009
Labels: najwa aiman
0 komen:
Post a Comment