sakitNya saYang - NorHayati BeraHim

"Derita jiwa itu tidak dapat lagi dibendung..."

Novel nukilan Norhayati Berahim ini mengisahkan hubungan adik-beradik, Reza, Hilman dan adik mereka, Marlina. Reza merupakan anak tiri kepada Syarifah Maslina yang bersuamikan Syed Jabar.

Watak Firdaus pula merupakan musuh Reza semasa mereka sama-sama bersekolah. Firdaus terkenal sbg sorg murid yg nakal manakala Reza pula merupakan murid harapan sekolah.

Namun, kedua-duanya mempunyai masalah keluarga masing-masing. Reza menjadi harapan ayahnya sehingga hidupnya diatur si ayah walaupun untuk memilih bakal isteri. Keadaan Reza yg tidak berupaya membantah menyebabkan dia byk bergantung kpd adiknya Marlina yg sentiasa berada di sisinya memberi sokongan. Namun, keakraban si abang tidak disedari oleh si adik sehingga akhirnya menyulitkan kehidupan Marlina.

Marlina yg juga bermasalah dgn Syarifah Maslina dan Syed Jabar, menjadi rapat dgn Pn Norma yg amat menyenangi Marlina. Sedang anak-anaknya sendiri tidak mengendahkan kehadiran Pn Norma dalam keluarga tersebut, Marlina sentiasa sudi membantu dan menemaninya. Sedang bagi Marlina sendiri, sering memikirkan betapa dia mengambil berat ttg Pn Norma ttp tidak ibu bapanya sendiri.

Kesulitan yang ditimbulkan Reza menyebabkan Marlina diminta berkahwin secepat mungkin. Akhirnya jodohnya dipertemukan dgn Daus, yg menyamar bekerja sbg pemandu. Tanpa disedari Marlina, Daus merupakan anak Pn Norma, Firdaus. Mereka akhirnya dijodohkan, manakala Reza terpaksa dihantar menghadiri kaunseling demi mengembalikan dia ke jalan yang benar.

Untuk Kau dan Aku - Najwa Aiman

"Aku tak pernah bercinta...
Tetapi kenapa aku merinduinya..."

Actually novel ni berkisar kisah persahabatan dan percintaan. watak utama, azhar, miza, azura.. azhar dan miza, sahabat karin sejak di universiti sehinggalah mereka sudah mula bekerja dalam bidang guaman. azura adalah cinta azhar sejak sekolah lagi tetapi tidak pernah diluahkan. azhar dan azura akhirnya terpisah dan bertemu semula di universiti. azura, gadis bereben biru di kepala - gelaran yang diberi oleh azhar sejak mereka dibangku sekolah telah mempunyai teman lelaki, zarif.

kisah mereka tiada penyudah sehinggalah mereka dipertemukan semula setelah memasuki alam pekerjaan. namun kemudian azhar menjadi rapat dengan sahabat peguamnya faziha. keakraban azhar dengan faziha menyebabkan azhar lalai seketika terhadap sahabatnya miza yang sentiasa mendengar dan melayan setiap permasalahannya terutamanya masalah hati dan perasaannya.

namun, mereka masing-masing tidak sedar bahawasanya persahabatan yang wujud di antara mereka tersebut adalah kebahagiaan yang dicari-cari selama bertahun mereka bersahabat.

"Dalam dunia ni yang paling susah nak dicari ialah bahagia. Tak semua orang jumpa. Mereka yang dah jumpa belum tentu boleh dapat bahagia..."

reLa KumenanTi - damYa HaNNa

actually novel ni dh lama dok dlm kotak.. baru la nie jer baca.. siap baru buKak plasTik tuh.. haha..

Mengisahkan Nurin Aina yang sentiasa disalah ertikan kehadirannya dlm hidup mana-mana lelaki. Persahabatannya dgn Luqman membuatkan Liyana cemburu dan memutuskan persahabatan dgn Nurin. Hubungan kerja yang makin erat dengan Zamil membuatkan Mylia melupakan Zamil dan mencari kasih baru. Nurin yang pernah menjadi istimewa dlm hidup Khairul menjadikan Asmah, isterinya, curiga walaupun perasaan itu cuba ditolak jauh apabila mengetahui cinta Khairul pernah ditepis Nurin. Namun hati wanita Asmah tetap sakit dan dicucuk cemburu.

Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa. Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. hubungan adik beradik kembar Luqman dan ZaMil jd ceLaru bila kedua-duanya menginginkan dirinYa. Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.

Mereka masing-masing akhirnya membawa diri jauh.. Luqman membawa diri ke Seoul, manakala Zamil merajuk membawa diri hilang tanpa khabar berita. Setelah 3 tahun berlalu, ketentuan tuhan tidak dapat ditolak. Zamil akhirnya akur pd hatinya.. Zamil dan Nurin akhirnya mengukir kisah cinta yang telah lama mereka pendamkan...

iLham haTi - damYa HaNNa

at Last.. I'm done reading this new noVeL by damYa HaNNa.. hehe..

wataK rian ngan haNiF.. ciTer start dgn kisah rian yg hilang ingatan... actually separuh ingatannye. retrograde amnesia. rian tk dpt ingat peristiwa 4 tahun kebelakang saje. dia dpt ingat mak, ayah, adik dia.. tp tk dpt mengingatti yg dia dh berkahwin dn haNiF adalah suaminya.

perkahwinan rian ngan haNiF pun sbenarnye ade ciTer di seBaliknya yg mereka dua org je yg tau. mereka kahWin buKan atas dasar cinta tp krn dendam.. haNiF mulanya nk ambil kesempatan aTas keaDaan rian masa tu.. tp seRing kaLi gagaL sbb rian wakTu tu tk saMa dgn rian yg dia berdenDaM dulu.. tp walau mcmana pun, dia cuba juGa spY rancanganNya utk kecewaKAn haTi rian berJaYa.

rian keLiRu dgn keHiduPan suami isTeri yg mereka lalui.. Dia nekad utk cari jawapan sehinggalah dia jumpa diari hitam yg menCoRetkan sume kisah-kisah dirinya.. seteLah itu, rian mula berubah.. dia rasa HaNiF hanya memperMainkan dia.. haNiF hanya maHu membaLas denDam. tp sbenarnye haNiF telah benar-benar jatuh cinta pd rian dn ingin melupaKan kisah lalu. tp sblm sempat haNiF berterus-terang ttg segalaNya, rian telah membongKarnye sendiri sehingga haNiF tidak mampu utk menjeLaskan.

rian maLu dgn diriNya dahulu.. patutLah sume org memandang jengKel kepadanye.. walopun sepupunya sendre. rian terlalu maLu sehinGGa tidak mampu menerima cinta haNiF. haNiF tidak mampu berbuat apa-apa walopun dia meRaYu spY rian melupakan segala yg telah berlalu...

namun, benteng ketahanan jiwa mereka akHirnya runtuh apabila mereka memBuKa hati masing-masing..

seLaGi aDa Dia - aiSya SoFea

Arianni, seorang yang disenangi sesiapa yg mengenalinya termasuk Haris, teman rapat Kak Mal, kakaknya. Ari tdk tau yang selama ini dia berhubungan melalui telefon dgn Haris, apabila hatinya sudah terpaut barulah diketahui bahawa lelaki itu adalah Haris. Haris menyatakan dia rapat dgn Malini sbg kawan tetapi Ari tahu yang Kak Mal menyimpan impian utk menjadi isteri Haris.

kEadaan jd teGang apabila Kak Mal menuduh Ari merampas teman lelakinya.. padahal menurut Haris dia rapat dgn Malini sbg kawan. Ttp Ari tahu bhw Kak Mal menyimpan impian utk menjadi isteri Haris.

naMun, Ari kecewa dGn siKap Haris yg seakan-akan peNGecut dan tDk mampu meneGakkan pendirian waLaupun hubungan mereka telah diketahui keLuarga. aKhirnya Ari meneruskan hasrat utk ke London menyambung pengajian dan nekad melupakan pecinta pengecut seperti Haris. Tambahan pula dia sudah dibenci kak mal dan ayahnya sendiri.

Setelah tamat pengajian, Ari bekerja selama setahun sehinggalah satu hari dia menerima emel dari kakak iparnya, kak Lin menceritakan kemerosotan kesihatan ibu dan ayahnya. Ari pulang dgn hasrat mahu menjaga ibu dan ayahnya. seMasa perjalanan pulang itu, Ari telah dipertemukan dgn Idris, seorang pendengar yang setia. sBlm berpisah, Idris sempat memberikan kadnya.

ayahNya mengidap nyanyuk dan sering menjerit-jerit seolah-olah marah tdk puas hati terhadap dirinya. iBunye juga dilayan spt hamba. namun, Ari sedar aYahnya tDk sedar sakit yg sedang dialaminya. Idris menjadi tempat meluah rasa dan Ari selesa dgn lelaki yang jauh lebih berusia dari dirinya itu.

seJak kembali ke Malaysia, Haris cuba menyambung semula kaSih mereka. Ari tDk dpt menerima Haris lg kRn sikap pengecutnya dan dlm masa yg sama cuba merapatkan hubungannya dgn Idris.

Keputusan Malini memutuskan perhubungan dgn Haris telah menyeBabkan ibunya meminta Ari memikirkan semula hubungannya yg terputus dgn lelaki itu dulu. beGitu juga dGn perhubungannya dgn Idris.. Cukup menambah luka di hatinya apabila ternampak Malini yang manja di samping Idris.

Ari akhirnya menyerahkan pilihan ke tangan org tuanya. Dirinya telah dilamar namun Ari tdk mahu tahu siapa baKal suaminya itu. sehingga ke hari perniKahan, Ari hampir mahu membatalkan majlis tersebut.

memikirkan maruah keLuarga, Ari akhirnya sLmt diijab-kabulkan dGn menantu pilihan keluarganya.. tak sangKa keluarganya berkomplot membuat surprise kepadanya termasuklah lelaki itu.. Idris..

seHanGat asMara - aiSya SoFea

Kamilia Nalwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti bila Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali secepat mungkin. Sejak itu hingga menginjak 9 tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tiba-tiba satu hari, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. seJak itu hidup Kamilia mula berubah. dia bencikan lelaki itu tapi anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Kamilia aKUr akan hak Zainal terhadap Misya... perhubungan bapa dan anak itu, sedikit sebaNyak mengubah perasaan kamiLia dan zainal. meLalui mata anak keCil itu mereka berdua tidak dapat menoLak keingiNan dan kehendakNya. lama-keLamaan, haTi kaMilia seJuk sedikit demi sediKit tapi dia tetap tiDak mengerTi meNGapa zaiNal tidal pernah maHu mengunGkai kehiLanganNya selama 9 tahun daHulu.

tanpa Kamilia ketahui, terhadap seJarah yg tiDak diketaHui olehnya ttg perjanjian yg telah dibuat antara ayahnya dan zaiNaL. kebenaran yG menyeBabkan adik ZaiNal menaruh saKit hati padanya.. akHirnya, sejarah itu terungKai.. dan Kamilia berasa aMat malu dengan keluarga Zainal. seLama ini dia hanya menyaLahkan zainal.. tetapi sebenarnye perpisahan mereka itu adalah berpunca daripada keluarganya sendiri..

SaaT CinTa BerSemi - DamYa HaNNa

kisah ini berkisar kehidupan Nur Dhuha yg hidup diseksa oleh Badrul, yg pd mulanya dianggap abg kandungnya. Tapi akhirnya terbongkar rahsia bHw lelaki yg bYk terlibat dgn aktiviti2 yg tDk bermoral dan menjadiKn nur dhuha tmpt dia melepaskan maRah dan sepak terajang itu buKan abg kandungnYa.

kebeNaran tu ditunjuKKan oLeh Syamir, bos tmpt hotel di mana nur dhuha bekerja. kebetuLan, syamir merupakan raKan saTu sekoLah Nur Dhuha. Dan si sYAmir ni pula menYimpan dendam pd Nur Dhuha apabiLa di dibuang seKolah kerana keSalahan dia sendiri.. Maka peluang yg dia dpt pd kala itu digunakan oleh syamir utk mengenakan Nur Dhuha.


keBanyakkan ulasan yg diberi mengenai noVel ini agak mengHampakan. Kisah syamir dn nur dhuha ni berakHir happY endiNG tapi spanjang perhuBungan yg terJalin antara sYAmir dan nur dhuha bYk mengandungi peraSaan benCi dan saKit haTi.. waTak sYamir digambarkan sbg seoRang yg ego dGn perasaanNya. dia tiDak mahu kaLah dgn perasaaNnya terhadap nur Dhuha semata-mata krn mahu dendamnya terbaLas.

nur dhuha pula tiDak percaya syAmir boleh jatuh hati padaNya.. krn dia seBatang kaRa dn tiDak mempunYai apa-apa yg boleh dibanggakan. Tambah pula nur dhuha menganggap sgala tindak-tanduk syaMir semata-mata maHu mengenaKannya semula..

jauH - aiSya soFea

"Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan..."

Smakin lama usia pertunangan Ika dan Zahar, sMakin byk juRang yg wuJud antara mereka. pertelingkahan demi pertelingkahan membuat Ika rasa seolah diri tdk boleh menJadi diri sendiri.

justeru itu, Ika mengambil keputusan bercuti ke UK bg memikirkan semula perhubungannya dgn Zahar. semasa di UK, perkenalannya dGn Fikri telah membuak lembaran baru dLm hidupnya. waLaupun dia sedar dirinya tunangan org, namun kehadiran Fikri yg menemaninya sepanjang dia di UK amat membahagiakannya.

pertelingkahan Ika dan Zahar smpai ke penghujungnya apabila Ika tekad memutuskan pertunangan mereka. Ika terpaksa redha walaupun seluruh keluarga menyalahkan dan membuangnya. Pertemuannya semula dgn Fikri di tmpt kerjanya adalah sesuatu di luar jangkaannya. Dgn Fikri, Ika berkongsi cerita dan masalah yg telah dihadapinya spanjang slps pulang drp UK. Pertemuan demi pertemuan telah menerbitkan perasaan rindu dendam dlm diri masing-masing. seHIngga akHirnya mereka mengambil keputusan membina mahligai bahagia.

GeLora JiWa - aiSya soFea


Berkisar kisah cinta antaraIntan Azureen dan Hanif Ashman. Mereka bertemu dalam bas semasa Zureen diganggu seorang lelaki tua tdk sedar diri. lama kelamaan, hubungan mereka menjadi rapat walaupun haniF sedar zuReen adalah tunangan org. zuReen seDar dia harus teguh memegang janji wasiat, membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

siapa tahu, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata! apa yg zureen tidak ketaHui bahawasanya tunangannya dan hanif ashman itu adalah adik-beradik kemBar..

Azman lagsung menuDuh Hanif senGaja meRampas tunangnya sehingga meNyebabKan Zureen berubah hati. seGala penjelasan hanif tDk dipedulikannya. walaupun mendapat tentangan daripada keLUarganya sendiri, zureen tetap dgn pendiriannya mengahwini haniF ashman. Azman akHirnya terus hiLang memBawa diri kerana keCewa tunangnya dirampas aDik sendiri...

eGois - NorHayati BeraHim

ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Tetapi bagi Atia, sbg seorang perempuan dia tidak mahu mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sbg kekasih atau sekadar sahabat.

Lain pula dgn Fikri. dia sememangnya menyintai Atia ttp sengaja hdk menguji gadis itu. dia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang. Atia walaupun tidak mengaKu sebenarnya dia menyintai Fikri berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu.

Kebetulan pula, selepas emak Atia, Ramlah meninggal dunia Atia diberitahu oleh ayahnya Haji Idris yg emaknya itu mempunyai seorang kakak. Kakak emaknya itu yg dipanggil Mak Long ada seorang anak bernama Azali.

seJak itu, setiap hujung minggu Atia selalu mengunjungi Mak Longnya. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Sesuatu yg Atia dan Azali tidak tahu ialah mrk tdk boleh berkahwin krn mrk sebenarnya adik-beradik. Sbenarnya, Azali adalah anak kandung Haji Idris berkahwin krn sblm mengahwini emak Atia, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long kpd Atia itu. Atia sgt kecewa apabila mengetahui kebenaran tersebut sehingga dia membuat keputusan utk ke luar negara.

Fikri menjadi kelam kabut apabila mendapat tahu Atia hendak berhenti kerja. Dia cuba menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Oleh kerana tidak mempunyai cara lain, Fikri terpaksa membuat pelan yg agak keterlaluan utk menjelaskan segalanya kpd Atia sblm gadis kesayangannya itu terlepas jauh. Dgn bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja lain, Fikri menculik Atia.

cinTa perTama - NorHayati BeraHim

DIA lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

aDam & haWa - aiSya soFea

Kisah Ain Hawani yg bekerja sambilan sbg cikgu sekolah milik Kak Zah, kakak Adam. Sikap Adam seorang juru terbang yang agak playboy dn diminati raMai cikgu-cikgu di sekolah tersebut membuat Ain menganggap hubungan mereka sbg kawan hanyalah untuk sementara.

Namun, satu hari angkara daripada teman wanita Adam, mereka teLah dipeRangkap melakukan khalwat. walaupun Ain beriya-iya membela dirinya, dia hampa kerana Adam diam memBisu seoLah-oLah meRelakan apa Yg berLaku ke aTas meReka.
aKhirnYa ijab dan kaBul terlafaz dLm paksa dan reLA.


keRana maRahnya yg amat pada Adam, Ain mengambil keputusan menerima tawaran belajar ke luar negara walaupun pada mulanya dia tidak sanggup meninggalkan ibunya.

akHirnya, slps 8 tahun berlalu mereka dipertemukan semula. bG Adam, saat itulah yG sentiasa didoakannya sekian lama. Tetapi lain pula halnya dgn Ain. Dia terus membenci Adam dan haNya mengHarapkan lafaz putus drp Adam.

lafaz putus yg ditunggu-tunggu tiDak juga kunjung tiba. di luar pengetahuan Ain, sbenarnya hubungan suami isteri itu tidak pernah putus. keluarGa Ain menyembunYikan perkara bHw seLama 8 tahun pemergiannya, Adam tidak pernah putus memberi nafkah kepadanya melalui ibunya. maLah ibu serta adik-adik Ain benar-benar ingin menyakinkan Ain bHw Adam telah bYk berubah seJak perisTiwa hiTam mereka dulu.

Ain akhirnya aKur apabila kebenaran terbukti di depan mata. Dia tidak dapat menafikan cinta Adam kepadanya. Begitu juga dia tidak dapat terus menipu dirinya sendiri...